III sides to every story - large format printer - Fotopages.com
Promosi fabric bunting & fabric stretch frame!!!!
Stretch frame fabric
Fabric bunting
Material
Kain fabrik berkualiti daripada Korea. Tahan lasak dan sesuai untuk stretch frame. Teksturnya menambahkan kesan khas kepada artwork anda terutamanya untuk gambar potret. Lihat sample gambar dibawah ini.
Archival quality ink
Ink penting dalam sebarang percetakan berkualiti tinggi. Kami di The Print Armada hanya menggunakan dakwat pigment original K3 Ultrachrome untuk tujuan ini. Beberapa kelebihan dakwat ini:
- wider color gamut
- excellent for black & white printing
- warna cetakan akan tahan pudar sehingga 108 tahun untuk cetakan warna dan lebih 200 tahun bagi cetakan black & white
- lain-lain.. boleh semak dengan Google  ;-)
Kualiti cetakan
Kesemua cetakan di atas fabrik adalah pada 1440dpi.
Harga promosi
Produk ni masih baru dan kami pun masih test market lagi. Untuk masa promotion ni, kami menawarkan harga promosi untuk anda semua.
Promosi 1  FABRIC STRETCH FRAME : Korean fabric + saiz 3'x2' (kaki ye.. bukan inci) + original K3 Ultrachrome ink @ 1440dpi + stretch frame = RM135 sahaja!
Promosi 2 FABRIC BUNTING : Korean fabric + saiz 2'x3' + original K3 Ultrachrome ink @ 1440dpi = RM90 sahaja!
Anda berminat? Tidak berminat? Ada cadangan untuk improvekan lagi produk ini? Berikan kami feedback sama ada melalui email atau tinggalkan komen dibawah. Kami sangat menghargai komen2 daripada anda.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan saya melalui email: mohdfahmi[at]sane-ad.com
Tepi kain fabrik dijahit kemas
Pandangan belakang stretch frame
Finishing stretch frame
http://farm4.static.flickr.com/3096/2627971448_e3d599130e_b.jpg()
Promosi outdoor printing - bunting & banner @ 540/720dpi!!!
Promosi outdoor printing (6 colours)!!!
***Material pvc vinyl (tarpaulin)***
Bunting full colour @ 540dpi
1) 2'x4' RM24/xx
2) 2'x5' RM29/xx
3) 2'x6' RM34/xx
4) 2'x7' RM39/xx
Bunting full colour @ 720dpi
1) 2'x4' RM32/xx
2) 2'x5' RM39/xx
3) 2'x6' RM46/xx
4) 2'x7' RM53/xx
Banner full colour
@540dpi RM3.00 sekaki
@720dpi RM4.00 sekaki
*** Adjustable X Stand (2'x5' & 2'x6') - RM25/xx ***
- Tiada order minimum
- Self pickup di Seksyen 13, Shah Alam ataupun Kg Pandan, Kuala Lumpur
- Untuk order luar Lembah Klang, penghantaran boleh diuruskan melalui pos laju atau courier
- Siap dlm masa 1 hari bekerja (bergantung kepada kuantiti dan job queue)
The Print Armada (Workshop Printing)
Alamat: 45G, Jln Kg Pandan, Kg Pandan, 55100 KL.
Tel/fax: 03-92841073
Contact Person: Fahmi (016-3233544)
Email: sales@theprintarmada.com
Big Barra Gallerium (Gallery & Studio)
Alamat: 3-2F, Jalan Boling Padang 13/H, Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Tel/fax: 03-55116160
Contact Person: Chon (013-3430243) / Tajon (016-3073878)
Trip mancing Air Ganda - 17 Ogos 2008
Nelayan tempatan
Reward awal pagi, propeller di celah2 ranting kayu
Mama toman, rapala cd magnum red head
Usop posing dengan mama toman
Gigi yang tajam, mata yang besar. Kawan personally percaya yang mama toman lebih cepat menyerang gewang bermata besar dan obvious
Benaman padu ke bawah bot
Another mama toman, rapala dive to kaler oren
Usop berposing dengan mama toman lagi
Catch & release
Usop tengah fight toman bujang
Toman bujang yang cerewet. Nak gewang gemuk kaler putih jer
Toman bujang 4kg
Close up
Catch & release
Another fight
Toman rempit, rapala x-rap kaler putih
Toman rempit yang tamak, storm wiggler wart
Toman rempit hentam popper di senja hari
Air Ganda - bachelor party (continue)
Musim durian
Macam mana nak pilih buah durian yang sedap? Kalau tak cukup experience memang susah nak pilih durian. Silap-silap kita bayar mahal, last2 dapat durian yang isinya ntah apa2.
Perangai macam kambing
Kambing baru lahir
Anak kambing menyusu
Yang ni tak tau la lapar sangat ke sampai makan kayu ataupun nak asah gigi baru tumbuh
Kawan selalu dengar orang2 tua cakap, 'bela sekandang kambing lagi senang la daripada bela sorang anak pompuan'. Betul ke? Mana la kawan tau sebab kawan pon takde anak pompuan lagi.
Semalam pergi ke Raub. Sempat la singgah kebun sahabat baik kawan. Pekena durian ngan rambutan. Manggis pon ada. Sambil tu jenguk sat kambing-kambing dia.
Kambing ni suka berlari merata-rata dalam kandang tu. Pastu jerit-jerit, 'mbekk.. mbekk.. mbekk'. Patut la ada sorang pakcik tu cakap, 'kambing sungguh budak2 ni. tak reti dok diam ke?' sambil makan french fries kat Mcdonalds ari tu.
Kambing ni pon ada macam-macam perangai jugak. Ada yang malu bila tengok kamera. Bila acu je kamera kat muka dia, dia pandang lain. Ada jugak yang jakun. Berebut-rebut sengih depan kamera tu. Nasib baik dia takde jari nak buat peace je. Camwhore sungguh. Ada yang sibuk check selipar, seluar, baju,  yang kawan tengah pakai. Macam-macam perangai da..
Geng2 camwhore
Air Ganda - bachelor party
Pejam celik pejam celik, tinggal berapa hari je lagi sebelum kawan akan menamatkan zaman bujang kawan dengan sahnya. Kepala pening kena fikir macam2 benda. Tangan pulak gatal je maklumlah dah lama tak pegang joran. Entah macam mana, asalnya dari urusan kerja, terlepak sekali dengan geng mancing. Diorang dok racun ajak join trip Air Ganda lagi. Malas pikir panjang, kawan iyakan je. Esok pagi2 buta dah telefon Abang Usop mintak tambah satu bot untuk kawan sendiri hehehe.
Tapi kali ni regu kawan satu bot bukanlah geng2 tangan hanyir. Kawan saja ajak geng2 urban kawan, sorangnya designer http://barracuda-studio.fotopages.com(Barracuda Studio) dan sorang lagi pakar IT. Walaupun berbeza bidang, tapi kami berkongsi minat yang sama. Suka ambik gambar. Bayangkan macam mana susahnya nak convincekan diorang supaya ikut kawan mancing. Tapi, alhamdulillah, akhirnya terbuka juga pintu hati diorang  LOL
Dipendekkan cerita, cuaca baik, redup je sepanjang hari. Tapi tak bestnya, air tinggi sangat. Ikan timbul pun  kurang. Strike tetap ada tapi yang naiknya 2 ekoq je. Yang lain tu mata lurus ada, mata patah ada, lure kawan pun lesap 2 ketul. Mungkin sebab dah lama tak pegang joran, jadi nervous la pulak bila strike. Agaknya ler  :P
Regu kawan dua orang ni pun, asalnya nak ambik gambar je, tapi akhirnya pegang joran juga. Sekurang-kurangnya diorang ada try untuk mancing, dan kawan respek le kat sikap diorang yang sporting tu. Mari kita doakan semoga tangan diorang berdua ni akan hanyir selamanya  8-)
So ini gambar daripada regu kawan yang berdua ni. Kawan tak ambik gambar langsung masa tu. Maklumlah dah ada dua cameraman, kita enjoy mancing je lah  :-D
So ini gambar daripada http://barracuda-studio.fotopages.com(Barracuda Studio), gambar dari cameraman satu lagi belum ada atas meja kawan ni. Dah ada nanti kawan uploadlah.  :-)
The Print Armada
Ha.. ni buktinya.
Actually aku ada printing shop kat Kg Pandan. Printing shop betul2 la bukan main2 punya. Dulu aku berangan la nak buat konsep fast print. Alah kedai printing yang lawa decorationnya tu. Customer datang, cakap je nak print apa semua bole buat.
Tapi setelah beberapa lama tak jadi la pulak konsep tu. Dah jadi macam workshop printing pulak. Macam kilang pun ada. Berterabur je dalam tu. Maklumlah satu-satu job tu nak siapnya leceh jugak. Lepas print kena sidai biar kering dulu, pastu lipat, gosok sikit, gunting sana potong sini, gam ke jahit ke baru la jadi produk yang siap untuk dipakai.
Jadi aku ambik decision untuk menjadikan kedai kat Kg Pandan ni sebagai workshop printing je. Dan kemudiannya, ambik inisiatif untuk jv dengan member aku lagi sorang ni, jadikan studio dia kat Shah Alam sebagai galeri. Galeri ni tujuannya supaya dpt la display macam2 hasil printing yang dah siap. Boleh tengok lawa ke tak, material apa yang pakai, finishingnya macam mana nanti, macam2 lah.
So kat sini aku upload sikit gambar2 kedai printing aku kat Kg Pandan. Nanti ada masa aku upload pulak gambar galeri kt Shah Alam. Oleh kerana still under progress, segan la pulak nak upload gambar. Tunggu dah cun nanti gua upload ar  8-)
Nanti aku cerita pulak servis-servis dan kepakaran sebenar The Print Armada ni. Ramai yang anggap kami ni all rounder, tapi sebenarnya tidak. Kami ni fokus kepada outdoor dan fine art printing sahaja. Apa itu outdoor dan fine art printing? Next entry lah aku cerita hihihih...
More info on galeri + studio kat Shah Alam tu, boleh check kat sini -> http://barracuda-studio.fotopages.com
Tengah susun buku. Ni print pakai laser printer kat bucu bilik tu.
Bagai menatang minyak yang penuh
So enjoylah dengan gambar-gambar ni. Ambik masa jugak nak tunggu mak burung ni betul2 tak takut dengan cameraman. Kena tunggu dok senyap2 bawah sarang dia. Dua-tiga kali mak burung ni tak berani nak datang dekat tapi lama2 alah bisa tegal biasa.  :-D
Privacy untuk semua
Dan kepada yang gagal menghubungi aku sepanjang hari tadi, mintak maaf banyak2. Aku off handphone kerana aku juga perlukan masa untuk menyendiri  ;-)